suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jurutera pandu EV dipercayai langgar lampu isyarat merah, rempuh kereta wanita hingga maut

Polis berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SEORANG wanita maut selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan elektrik (EV) yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) 1, berhampiran Kulim, Kedah pada Isnin malam.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Syamsul Sinring berkata, mangsa berusia 39 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam itu.

“Siasatan awal mendapati EV yang dipandu lelaki berusia 29 tahun itu sedang bergerak dari arah Lebuh Perdana menuju ke Naga Lilit, manakala kereta mangsa pula datang dari arah Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) menghala ke Lebuh Perdana.

“Setibanya di persimpangan, EV berkenaan dipercayai gagal berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum bertembung dengan kereta mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kalau tak mampu, jangan beli' - Penduduk bengang pemilik EV cas kereta guna 'plug point' di parkir awam

Dia berkata, pemandu EV yang bekerja sebagai jurutera itu turut mengalami kecederaan pada tangan kanan.

“Kami akan memohon perintah reman terhadap lelaki itu pagi ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Mengulas dakwaan bahawa pemandu EV berkenaan berada di bawah pengaruh alkohol, Syamsul berkata ujian telah dijalankan dan pihak polis masih menunggu keputusannya. -The Star

Artikel Lain